Assalamu'alaikum ♥
Bagaimana Mengajar Anak Untuk Berkongsi Dengan Mudah? Satu persoalan akan timbul... Bila anak dah bertambah duatigaempat orang. Kesabaran dan corak dalam mendidik peribadi anak-anak semakin komplek. Lebih-lebih lagi mengenai konsep berkongsi.
Walaupun Alia dan Ain masih terlalu kecil untuk memahami apa itu berkongsi. Namun, pada aku ia wajib diajar berkongsi sejak dari kecik lagi. Bak kata pepatah lentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan pengalaman dan pembacaan, berikut adalah 5 cara yang mungkin berguna bagi aku untuk mengajar Alia dan Ain berkongsi.

Pilih Mainan yang Betul
Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti permainan puzzle yang encik suami belikan untuk Alia baru-baru ni . Pasti untuk siapkan satu puzzle, Alia perlukan bantuan kami berdua. Disinilah peluang berkongsi dan bermain bersama Alia digunakan sebaik mungkin.

Jadikan Diri Kita Sebagai Contoh
Mainkan peranan kita sebagai contoh terbaik. Kita as a parents mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain.

Puji dan Galakkan Anak-anak
Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang dia sayangi. Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan ayah, Alia kongsi tengok upin ipin di tablet dia bersama Ain. Baik sungguh dia dengan adik”.

Bincang Dan Pujuk
Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuatkan mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan. Guna kebijaksanaan kita untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.

Kuatkuasakan Undang-undang
Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini ayah punya mainan, Alia nak main, boleh. Tapi kena main dengan ayah.” Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.

Sumber info : Excelqhalif
Mungkin teknik ini mampu mendidik Alia dan Ain untuk berkongsi. InsyaAllah...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.