Assalamu'alaikum
Tadi around 10 malam adik aku whatapps gambar sorang budak perempuan jatuh dari tempat kompleks membeli-belah... Sambil berpesan agar awasi anak-anak time shopping. Disebabkan perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang berita itu... Apalagi, bila Nur Ain dan Alia tidur... Aku terus buat projek mencari di google. Alhamdulillah... Ternyata berita itu sahih di media kosmo online dan berikut... Berita penuh mengenainya...

Sumber daripada google image

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks membeli-belah Kenanga Wholesale City Mall di sini hari ini.
Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.
Dia ke pusat membeli-belah itu bersama-sama ibu bapanya.
"Punca kejadian masih disiasat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Zainol berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - Bernama

Sumber : Kosmo Online


Hurmmm... Siankan.

Tapi tulah... Malang tak berbau. Sebagai peringatan buat diri sendiri jugak sebenarnya. Bila bawak anak ke tempat membeli-belah... Tahap pengawasan terhadap anak-anak kenalah berganda.