Assalamu'alaikum
Nampak gayanya... Berpeluang lagi tengok slot akasia hati perempuan semalam... Sah! Pil perancang kepunyaan Yuhanis yang hilang dalam episod 9... Diambil oleh Tengku Zaril. Marah sungguh Tengku Zaril terhadap Yuhanis. Sebenarnya Yuhanis belum bersedia nak ada baby. Namun... Yuhanis tak makan pun lagi pil perancang tersebut. Akibatnya Yuhanis dan Tengku Zaril tak bertegur sapa. Namun... Lepas Yuhanis keluar dengan bonda dan ayahanda Tengku Zaril... Semasa main squash... Yuhanis terhantuk... Sudahnya ia menjadi alasan untuk dia menagih simpati dengan suaminya. 

Haha... Lelaki, hakikatnya cair dengan kata-kata perempuan... Terutamanya pada perempuan yang mereka cintai. Akhirnya Tengku Zaril memaafkan Yuhanis.

Manakala Zaqif, iaitu adik kedua Tengku Zaril pulak sibuk mengejar cikgu Edriana... Sampai sanggup ke rumahnya. Bila sampai di rumah cikgu Edriana... Berjumpa dengan sorang pompuan. Maybe housemate dia kot... Tak habis lagi pun pompuan tu terangkan ke mana Edriana pergi. Zaqif terus balik dan membuat conclusion sendiri tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Pada dia... Cikgu Edriana dah pun berkahwin. 

Dalam dok sibuk mereka dengan kehidupan memasing. Ayahanda Tengku Zaril mengadakan 1 event... Di mana event tersebut merupakan perjumpaan di antara ahli lembaga pengarah dan jugak staf syarikat mereka dan ia merupakan antara acara tahunan yang sering mereka adakan. Nak atau tidak... Janggal atau tak... Yuhanis terpaksa ikut Tengku Zaril untuk menghadiri acara tersebut.

Dek kerana bosan... Yuhanis keluar daripada bilik tempat event tersebut. Di situ dia terjumpa balik bekas kekasihnya... Siapakah dia? Adakah dia yang menjadi perosak hubungan antara Tengku Zaril dan Yuhanis... Dan bukannya Ku Lin. Hurmmm... Kalau ada masa, bolehlah tengok episod 11 hati perempuan malam ni untuk tonton kesinambungan ceritanya. Ye tak?