Assalamu'alaikum ♥
Alhamdulillah... di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus berkongsi cerita di sini. Seperti kebiasaan, cerita yang aku nak kongsikan still berkisar tentang anak-anak. Tak kira ia pengalaman sendiri mahupun maklumat hasil daripada pembacaan. Insya Allah, nanti bolehlah dijadikan rujukan bila diperlukan.
Nak dijadikan cerita, kali ni aku nak kongsikan mengenai cara mengelak anak yang terlampau meminati tv atau gajet. Yelah... Sekarang ni budak kecik umur duatigaempat tahun pun dah ada handphone canggih sendiri. Tapi, kalau tak dikawal... Nanti boleh merosakan anak. Betul tak?
Jadinya... Berikut adalah antara tip yang boleh dipraktikkan kita bersama untuk elak anak-anak daripada gila tv atau gajet.
Jadinya... Berikut adalah antara tip yang boleh dipraktikkan kita bersama untuk elak anak-anak daripada gila tv atau gajet.
- First things first, kita mesti ada masa bersama dengan family. Contohnya... Berkaraoke bersama ke... Menari bersama ke. Taklah anak terasa tersisih. At least mereka merasakan diri mereka dihargai.
- Second... Seperti acuan, begitulah hasil kuihnya. Mean... Sebelum anak-anak cenderung menjadi 'hantu' tv atau gajet. Kita sendiri kenalah jadi teladan yang baik. So, kita juga perlu meminimumkan penggunaan gajet semasa bersama anak-anak.
- Ketiga, tip paling mudah... Try libatkan anak-anak dengan aktiviti yang kita lakukan di rumah. Taklah nanti... Fikiran dorang asyik memikirkan rancangan di tv atau game di handphone.
- Keempat, mungkin kita boleh berikan tugasan kepada anak-anak di rumah terutamanya ketika masa lapang. Contohnya seperti mewarna atau aktiviti membuat origami. Haha... Mesti seronok right.
- Kelima, cuba tanya anak-anak apa yang ingin mereka lakukan selain daripada menonton. Berikan anak-anak pilihan supaya perhatian mereka terhadap tv atau gajet dapat dialihkan.
Hurmmm... Tu antara 5 tip yang paling mudah untuk dipraktikkan bagi mengelak anak-anak daripada menjadi 'gila' tv atau gajet.
Alhamdulillah... Setakat ni aktiviti menonton tv dan hadap gajet Alia still under control. Harapan aku... Agar dia berterusan begitu. Insya Allah...
3 Comments
bagus tips ni...betul ape2 pun kita kena betuklan diri kita baru anak2 ikut sbgai contoh ....
ReplyDeleteTu la kan. Baik buruk semuanya bermula dari kita... Nak2 budak umur duatiga tahun yang otaknya ligat tgh berkembang. Kena hati2 dgn dorang :)
Deletebetul kata fiza,semuanya bermula Dr kita,anak kecik lg senang no pantau,yg dah besar kena berleter byk sikit.hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.