Assalamu'alaikum
Kebaikan Memakan Brokoli hari-hari. Tapi... Kalau hari-hari makan sayur yang sama, mesti jemu jugak right. Namun... Kalau rajin mempelbagaikan masakan. Kemungkinan rasa jemu atau muak dapat dielakkan demi mendapat khasiat sesuatu makanan. Betul tak?

Sumber dari google image

Dalam majalah iSIHAT keluaran Ogos 2012, pada halaman 9... Terdapat satu info hasil daripada kajian di Havard yang mana mengatakan bahawa brokoli dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Jadi... Pada penggemar brokoli pasti ia membawa berita gembira buat mereka.

Kalau dalam famili aku... Semua suka makan brokoli... Terutamanya bila campur dengan sup ayam. Huhu... Sebab tu kalau shopping barang dapur... Sayur brokoli tak ketinggalan. Tak sah kalau tak ada.