Assalamu'alaikum ♥
Ain juga seperti kakaknya Alia... Sangat sukakan buku. Mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi. Mungkin gen ayahnya yang lebih... That why begitu. Encik suami, kalau pergi tempat membeli belah... Tak sah kalau tak ke kedai buku. Walaupun ada ketikanya sekadar mencuci mata.
Aku percaya akan kata-kata para bijak pandai... Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Walaupun ia nampak macam tak logik bagi bayi umur 5 bulan baca buku. Tak salah memberi pendedahan minat membaca seawal bayi lagi. Walaupun sekadar pegang dan belek. Tapi... Pendedahan saja tak guna... Kalau kita sendiri tidak menunjukkan minat membaca... Pun tak berhasil right.
Tengok gaya Ain... Seperti dah pro dan pandai membaca. Padahal... Sekadar pegang dan... Tak sampai seminit... Pasti ke mulut jugak peginya buku tu.
Semua benda nak dimasukkan ke mulut... Sabar yer Ain... Tinggal sebulan je lagi. Lepas tu... Dah boleh makan. Ok!
1 Comments
tengok cara memang dah bole membaca nih :p
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.