Assalamu'alaikum ♥
Apakah petua agar pulut lebih lemak? Satu soalan yang pernah aku ajukan pada arwah nenek aku suatu ketika dulu. Nenek suka masak nasi pulut. Aku cukup suka pulut yang dia buat. Sedap dan lemak.
Petua dia mudah saja... Untuk dapatkan pulut yang rasa lemaknya sedap. Pastikan beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman. Lepas tu... Barulah dimasak dengan santan.
Tetiba teringat time kecik-kecik dulu, nenek selalu buat pulut kuning, pulut panggang, ketupat dan kelupis. Sampaikan dibuat bekal untuk ke sekolah.
Petua turun-temurun pastinya akan dipraktikkan. Mak pun guna petua yang sama bila masak nasi pulut. Cumanya... Kekangan masa, membuatkan mak jarang nak buat nasi pulut. Huhu...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.