Assalamu'alaikum ♥
Ayam masak kicap paling mudah nak buat, entri masak-masak untuk lunch harini. Alia dan encik suami cukup suka dengan ayam masak kicap simple yang aku masak. Boleh tambah 2 pinggan nasi dibuatnya. Encik suami punya statement... Confirm! Akan puji isteri lebih. Haha...
Nak buat... Cukup mudah!
Bahan terdiri daripada 500gram ayam yang dah dipotong, 4 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, sedikit minyak, sayur kacang, halia, kicap dan sedikit gula.
Cara masak pulak... First, tumbuk kesemua bahan then tumiskan. Dah naik bau... Masukkan ayam dan kicap. Then tambah sedikit air. Bila dah hampir masak. Baru masuk sedikit gula dan kacang.
Untuk makluman jugak. Biasanya dalam pantang, mak masakkan jugak ayam masak kicap gaya aku ni. Seafood memang tak makan dalam pantang. Kononnya... Menyebabkan gatal pada jahitan. Sebagai orang muda... Aku ikutkan je pantang larang orang tua-tua... Selagi boleh ikut. Haha...
Baca Juga : Resepi Daging Masak Kicap Mudah
2 Comments
aiyark! mudah sangat ni...selalu sally buat complicated sikit...kalau la tau ada cara lg mudah...nnt nak cuba! :)
ReplyDeleteThanks, dptlh ilham nak masak for iftar nanti!
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.