Assalamu'alaikum
Dia.. Isteri luar biasa episod 1 dah start malam ni. Sempat jugaklah tengok. Bermula dengan Dewi memukul suami kawannya Eda di jalan semasa menunggu traffic light. Motif dia pukul kerana tak suka dengan suami Eda bersama dengan perempuan lain.

Sumber dari google image

Then... Dalam masa yang sama, situasi tersebut turut disaksikan oleh Raden Amzar. Selepas kejadian itu, Dewi Yusra ke rumah Eda untuk berjumpa Eda dan anaknya Nina. Then... Ceritakan apa yang dah berlaku. Dalam dok bercerita... Dewi Yusra tetiba teringat akan ibunya yang selalu kena pukul dengan ayahnya. Mungkin... Itu masalah utama Dewi dalam Dia... Isteri luar biasa kot... Susah untuk menerima lelaki.

Kemudian... Dewi berjumpa dengan keith foo... Tak silap memegang watak cik Kem di sebuah restoran untuk berbincang mengenai kerja. Sekali lagi... Raden Amzar melihat Dewi Yusra. Hehe... Jodoh tu.

Then... Dipendekkan cerita. Eda mintak tolong Dewi untuk menjaga Nina... Sebab nak uruskan hal penceraiannya. Dalam menjaga Nina... Tetiba Dewi Yusra teringin nak ada anak sendiri. Akibatnya... Dia telah pergi ke beberapa klinik swasta untuk mintak pendapatnya mengenai hasratnya untuk ada anak sendiri tanpa berkawin?

Last episod 1, Dewi mintak tolong keith foo untuk mencari pasangan sesuai untuk dia. Adakah keith foo berjaya mencarikan jodoh untuk Dewi Yusra? Pasti terjawab dalam episod seterusnya. Kenalah tengok episod 2 malam esok.

See... Siap boleh buat sinopsis episod 1 dia... Isteri luar biasa lagi. Bak kata suami. Tak sempat tengok. Record je. Kan senang. Haha...

Tapi... Tak sempat tengok pun... Kat rumah akan ada panglipurlara yang sudi bercerita balik... Apa susah.