Assalamu'alaikum
Episod 2 Dia.. Isteri Luar biasa. Sedikit sinopsis ingin aku kongsi, berdasarkan penggayaan dan olahan bahasa sendiri. 

sinopsis dia isteri luar biasa episod 2,
Sumber dari google image

Sambungan daripada episod 1 bermula dengan episod Dewi Yusra mencari calon suami... Dengan bantuan Cik Kem. Dari lelaki gagah perkasa, seorang ustaz sehinggalah budak sekolah datang untuk ditemuduga... Semuanya Dewi Yusra reject. 

Sampailah satu ketika... Suatu malam, calon ke-11 ingin berjumpa dengannya secara terbuka di sebuah restoran. Nak tahu siapa... Rupanya Cik Kem sahabatnya sendiri datang melamar. Malah, sudah lama menyimpan perasaan terhadap Dewi Yusra. Namun... Ditolak oleh Dewi... Atas alasan tak nak lelaki lembut.

Selepas itu, ketika dia menjaga Nina... Anak Eda... Dan membawanya ke restoran nasi ayam bonda miliknya. Sekali lagi... Dr. Raden Amzar terjumpa dengan Dewi. Kali ini ketika Dewi sibuk berbincang dengan pekerjanya kot. Nina si budak nakal pulak datang ke meja Dr. Raden Amzar... Disebabkan kepetahan Nina bercakap... Dia turut menipu Dr. Raden... Mengatakan Dewi memuji Dr. Raden handsome dan ingin berkenalan. Disebabkan itu... Dr. Raden siap bagi business card lagi kepada Nina untuk dibagi kepada Dewi. Balik rumah... Nina bagi kat Dewi. Namun... Tiada respond. Ke manakah business card itu nanti? Adakah masih dalam simpanan Dewi?

Hari berganti hari... Dr. Raden sering datang ke cawangan restoran nasi ayam bonda tempat dia sering teserempak dengan Dewi... Dengan harapan untuk melihat Dewi. Namun... Gagal. Sehinggalah suatu saat... Dalam satu flight... Ke kota London. Dr. Raden Amzar duduk di sebelah Dewi Yusra. Namun... Kehadirannya tak diketahui oleh Dewi... Yelah... Masuk je pesawat. Dewi terus tidur. Dalam dok tidur tu... Tetiba kepala Dewi jatuh ke bahu Dr. Raden. Adakah Raden membiarkannya? Adakah Dr. Raden menolak kepalanya?... Semuanya pasti terjawab dalam episod 3 Dia.. Isteri luar biasa malam esok.

Tu antara point utama yang terkandung dalam Dia isteri luar biasa episod 2 yang sempat aku tengok.