Assalamu'alaikum
Gelagat Alia tiap kali selepas makan. Semenjak ada adik Nur Ain. Anak solehah Alia dah reti berdikari tanpa dipaksa. Mungkin naluri seorang kakak mulai mekar di hati dia. Tiada lagi tugas aku untuk menyuap Alia ketika makan. Semuanya... Alia lakukan sendiri. Hanya... Kekadang, ada masa aku manjakan dia... Tu pun... Alia menolak. Terusik jugak hati aku dibuatnya. Alhamdulillah... Berkat dilatih, ia membuahkan hasil... Walaupun mungkin tidak seratusperatus.


Bila dah selesai makan... Budak bijak Alia dah boleh hantar pinggan sendiri ke sinki. Untuk keselamatan... Pinggan, mangkuk, gelas dan sudu Alia aku pakaikan jenis plastik je. Taklah risau nanti pecah. Kalau pecah takpe, jangan pulak cedera kan. Selain tu jugak... Tanpa disuruh, dia akan kutip sisa makanan yang bersepah. Alhamdulillah...