Assalamu'alaikum
Melangkah Ke Usia 6 Bulan lagi 18 hari... Pelbagai skill Nur Ain tonjolkan. Akibatnya... Encik suami, aku dan si kakak Alia semakin teruja dan terhibur.



Sekarang ni... Ain dah mahir mengawal gerak tangannya... Malah boleh pulak meragut alat mainan dari orang sekelilingnya apabila diumpan dengan alat mainan. Bila dah berjaya meragut. Kiri ke kanan... Kanan ke kirilah alat mainan tersebut Ain pindahkan. 


Sesekali... Kepala tersasar dari bantal, gara-gara suka sangat bergolek di pelbagai posisi. Sudahnya... Aku biarkan dia untuk terus bermain. Bila malam... Terpaksa pulak tidur-tidur ayam... Takut-takut Ain meniarap keseorangan. 

Semakin bijak untuk menarik perhatian. Kalau tak menangis... Mengeliat pasti ada saja telatah Ain untuk mintak di dukung. Tapi... Sangat takut dengan orang sekeliling... Terutamanya orang yang first time dia jumpa. Bila takut mula menyelubungi dia... Siap! Akan ada sesi pujuk memujuk. 

Semakin hari semakin bijak... Mula membebel menjerit keriangan... Sampaikan jiran sebelah tegur suara Ain kedengaran dari rumahnya... Haha... Sabo jelah yer :)