Assalamu'alaikum ♥
Resepi kek marble sukatan cawan... Amat sesuai pada orang yang suka nak masak tapi semua nak cepat gaya aku. Haha... Tapi ini cerita semalam. Mak dapat tempahan kek untuk hari gawai sebanyak 8 acuan. Esok dorang janji nak ambik dah.
Dan... Berikut adalah resepi kek marble paling simple gaya mak aku. Nanti boleh rujuk balik bila teringin nak membuatnya. Haha...
Bahan : 4 biji telur, 1 cawan marjerin, 1 cawan gula, 1/2 cawan susu, 2 cawan tepung gandum, 1 sudu baking powder, 1 sudu perasa pandan ( ikut selera memasing okeh!) dan pewarna. Aku guna hijau dan coklat.
Cara membuatnya pulak...
Mudah sangatkan... Alhamdulillah.
- Blend gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur.
- Then, susu, tepung dan baking powder.
- Last... Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan pewarna dan bakar hingga masak.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.