Assalamu'alaikum
Resepi rempeyek rangup dan sedap sebenarnya resepi rempeyek orang melanau, Belawai. Ilmu mak aku tuntut dengan cousin ayah aku... Time temankan adik aku interview di Sibu last year.



Nak dijadikan cerita... Hujan sepanjang hari ni membuatkan mak tetiba rajin nak try membuatnya. Alhamdulillah... Memang sama. Sedap! Sebagai anak haruslah puji. Hehe... Tapi... Nak puji pun biarlah ikhlas... Bukan sekadar nak jaga hati orang tua. Ye tak?

Resepinya amatlah mudah. That why harus ditempek di sini. Mana tahu... Satu hari nanti teringin nak buat sendiri. Boleh search di blog sendiri. Hehe...
Tepung beras 500g, sedikit kapur sirih, jintan putih, minyak untuk menggoreng, ikan bilis dikisar halus dan perencah secukup rasa maggie.
Nak buat... Kena bancuh tepung dengan 4 gelas air. Then baru masukkan semua bahan. If guna acuan. Kena panaskan acuan terlebih dahulu barulah boleh goreng.
Mudahkan... Alhamdulillah, siap sudah tempahan orang sebanyak RM40 sempena perayaan gawai nanti. Selebihnya... Kami makan buat juadah minum petang. Haha...