Assalamu'alaikum
Apakah maknanya jika air kencing bayi berbau? Satu antara seribu persoalan yang mugkin akan timbul di ruang pemikiran seorang ibu apabila first time ada baby. Seperti yang pernah aku lalui mula-mula ada Alia. Bukan setakat bertanya dengan mak... Aku juga turut menghabiskan masa dengan melayari internet dan membaca buku untuk mendapatkan maklumat mengenai penjagaan bayi. Alhamdulillah... Dengan sedikit ilmu yang ada... Aku mampu menguruskan Alia sendiri.


Oleh yang demikian, untuk entri kali ini... Aku ingin berkongsi mengenai tiga kemungkinan mengapa air kencing bayi berbau iaitu:-

  1. Berbau hapak, mungkin disebabkan terlalu lama tidak menukar lampin bayi.
  2. Berbau akibat terlalu pekat dan itu adalah disebabkan bayi kekurangan air kerana penghidratan adalah bahaya untuk bayi.
  3. Jarang kencing dan lampin kering, petanda berkemungkinan terdapatnya jangkitan pada saluran air kencing.
Tu antara sebab mengapa air kencing bayi berbau berdasarkan apa yang pernah aku baca dalam buku soal jawab bayi dan kanak-kanak hasil karya Dr. Carol Cooper. Semoga info yang sikit ini memberi manfaat buat semua.

Alhamdulillah... Anak adalah anugerah dan amanah terindah yang Allah kurniakan untuk kita jaga dan didik. Semoga kita menjadi ibubapa yang terbaik buat anak-anak kita.