Assalamu'alaikum ♥
Auto Publish sangat membantu, entri terbaru dari aku. Nak update blog mengikut waktu kemuncak paling ramai orang online memanglah tak boleh... Lebih-lebih lagi bagi aku yang bergelar mak budak. Tuntutan kerja yang tak pernah habis merupakan kekangan buat aku. Namun, dengan adanya fungsi auto publish di dashboard... Ia sangat membantu aku untuk setkan masa sesuatu entri itu untuk dipaparkan.
CARA SETTING AUTO PUBLISH ARTIKEL/ENTRI BLOG
Cara untuk setkan masa sesuatu entri agar automatik dipaparkan bukannya susah sangat pun. Senang sangat...
- Klik pada bahagian post settings di bawah tajuk schedule.
- Kemudian, set tarikh dan masa mengikut kehendak penulis blog.
- Tekan done.
- Terakhir sekali, tekan publish. Nanti artikel atau entri tersebut akan dipaparkan mengikut tarikh dan masa yang telah kita tetapkan.
Mudahkan. Jadi... Takde masalah lah kan untuk publish entri pada waktu paling ramai orang melayari internet. Tapi... Kenalah jugak ping entri di tempat mudah ping entri seperti pernah aku kongsikan pada entri bertajuk tempat ping entri terbaik dan tak tahu nak ping blog kat mana. Barulah boleh tarik trafik ke blog dengan mudah. Kan...
Orait... Selamat mencuba yer :)
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.