Assalamu'alaikum
Belimbing telunjuk atau belimbing buluh adalah sejenis buah yang sama hanya panggilan yang berbeza mengikut tempat.

Sumber dari google

Actually, di kampung aku... Belimbing buluh dikenali sebagai belimbing telunjuk. Tak tahu kenapa ia dinamakan belimbing telunjuk. Maybe orang dulu-dulu tak tahu nama buah tersebut dan mungkin panjangnya kot menyebabkan ia digelar belimbing telunjuk. Hurmmm... Apa-apa jelah. Yang pasti ia adalah buah yang sama. Kan...

Di kampung aku... Bila baby baru lahir ada jaundice atau kuning. Petua untuk menurunkan kuning bayi... Kebiasaannya akan ambik daun belimbing buluh untuk dijadikan bahan mandian. Caranya mudah je. Rebus air belimbing buluh, biarkan sejuk dan mandikan bayi menggunakan air rebusan tersebut sehinggalah jaundice turun. Tapi... Tak semua orang serasi. Pernah try kat Alia dan Ain dulu... Lansung tak berhasil. Jiran aku pulak... Jaundice anak dia turun dengan hanya menggunakan daun belimbing tunjuk. 

Mak aku pulak... Pantang tengok buah belimbing telunjuk. Mesti beli... Sedap! Buat sambal belacan. Lagi sedap daripada sambal belacan buah bambangan. Fuh! Telan air liur dibuatnya.

Daripada apa yang aku baca dari Majalah wanita, belimbing buluh dikatakan mengandungi vitamin A dan C. Sementara daunnya pula menunjukkan sifat antibakteria.

Setiap bahagian belimbing buluh dikatakan mempunyai khasiatnya yang pelbagai... Antaranya adalah seperti berikut:-
  • Buah : Jika di awet dengan garam dan dijadikan minuman herba bagi merawat batuk kokol atau perut memulas. Juga dijadikan untuk mengurangkan masalah panas badan dan juga tekanan darah tinggi.
  • Daun : Manakala daun pula apabila direbus dan diminum, ia mampu membantu masalah bengkak di bahagian punggung, diabetes dan demam panas.
  • Bunga : Bunga belimbing buluh juga berguna... Di mana direbus terlebih dahulu dan ditambah sedikit gula dipercayai dapat mengubati batuk khususnya di kalangan kanak-kanak.
Dari buah sehinggalah ke bunga... Belimbing buluh sangat berkhasiat. Apa kata lepas ni... Try ambik belimbing buluh untuk mengubati penyakit yang berkaitan. Lagi elok daripada ambik ubat. Penyediaannya pun senang.