Assalamu'alaikum ♥
Berpusing seperti jam. Semenjak Ain dah pandai meniarap... Bermacam-macam gaya dia dah buat. Sekarang ni tambah lagi satu skill... Berpusing 360° sama seperti sebelum meniarap... Cuma masa tu... Dalam keadaan telentang... Kemain suka lagi dia... Dapat capai mainan kiri dan kanan.
Baca juga : Berapakah umur Nur Ain pandai meniarap.
Tips mudah untuk galakkan anak meniarap dari aku hanyalah satu... Selalu umpankan anak dengan mainan yang berwarna-warni dan berbunyi tiap kali dia cuba untuk meniarap. Insya Allah... Bila sampai masanya... Pasti anak boleh meniarap. Cuma satu pesanan orang tua-tua... Jangan dok tolong anak... Takut nanti anak tak reti nak berdikari...
Alhamdulillah... Sekarang ni Nur Ain bukan je berpusing 360˚... Malah tengah berusaha untuk mengundur ke belakang. Tak sabar pulak tengok dia berjaya dapat skill baru. Hehehe...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.