Assalamu'alaikum
Bila hadirnya malam Nisfu Syaaban, kampung aku pastinya meriah. Meriah dengan bacaan yassin di surau-surau di samping makan bersama berlaukkan juadah yang dibawa setiap jemaah. Kebiasaannya... Setiap rumah akan hantar sedulang makanan... Di Spaoh, Sarawak ia dikenali sebagai 'bertanggung'. Tu baru Nisfu Syaaban... Belum lagi ramadan.

Sumber dari google

Tentang Nisfu Syaaban
Indahnya bulan Islam kan. Apa kata kita mengimbau kembali... Apa yang terkandung di sebalik malam Nisfu Syaaban. Berdasarkan sumber DI SINI, Hari Nisfu Syaaban dikatakan hari di mana buku catatan amalan muslimin selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru. 

Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan lalai atau tidur.

Subhanallah... Indahnya pengertian Malam Nisfu Syaaban. Tapi sayang seribu kali sayang... Aku tak berpeluang untuk melakukan solat sunat nisfu syaaban dek kerana 'cuti umum a.k.a masalah wanita'.

Sesungguhnya malam nisfu syaaban adalah peluang untuk kita menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan memohon diubah segala tercatat di kitab azali ke arah positif bagi mendekatkan diri kepada Allah.

Semoga pada tahun yang mendatang, aku berkesempatan untuk menunaikannya. Amin...