Assalamu'alaikum ♥
Drama Experimen Cinta akan menggantikan Menantu 10 ribu dalam slot Dahlia tv3. Dijangkakan mula bersiaran pada 13 Jun 2015, setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam. Ada jugak tengok promo lakonan Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda baru-baru ni di tv3. Tapi... Takde pulak tajuk ceritanya. Biasalah... Teknik promosi drama. Kena ada kejutan... Barulah penonton tertanya-tanya. Bila dah tertanya-tanya... Confirm! Akan tengok. Right...
Sumber dari google |
SINOPSIS DRAMA SLOT DAHLIA TERBARU EXPERIMEN CINTA LAKONAN FAHRIN AHMAD DAN IZREEN AZMINDA
Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?
Macam menarik je jalan ceritanya kan kalau berdasarkan sinopsis novel experimen cinta. Biasanya kalau episod pertama ok... pastinya episod yang seterusnya pun menarik. Aku kalau tengok movie or drama... if menarik dari permulaan... Memang akan melekat tengok... Kalau tak jangan haraplah.
Contohnya... Dia isteri luar biasa. Not bad lah jalan ceritanya. Boleh jugak layan. Tapi adakah experimen cinta mampu menandingi asam pedas untuk dia?

1 Comments
macam best jugak bila baca sipnopsis..selalu tak dok tgok pic drama ni izreen upload kt IG..isteri luar biasa tu macam mengarut dah skang ni..malas dah nak layan..boring la tipikal melayu punya cerita.huhu
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.