Assalamu'alaikum ♥
Hantar dulang ke surau fenomena yang sering berlaku bila menjelang bulan puasa di kampung aku. Setiap rumah akan menghantar sedulang hidangan ke surau mengikut blok. Alhamdulillah... Majlisnya dah pun selesai petang tadi.
Ia adalah budaya di kampung aku sebagai tanda untuk menyambut bulan puasa yang mulia. Berkumpul ramai-ramai di surau, then ada tahlil dan diakhiri dengan jamuan makan. Bulan puasa di kampung aku cukup meriah saban tahun... Setiap hari... Pasti ada undangan untuk berbuka puasa. Tahun lepas... Beberapa hari je ayah berbuka di rumah... Selebihnya berbuka di rumah jiran. Kekadang... Ayah seperti malas nak pergi. Tapi... Tak baik tolak pelawaan jiran. Nanti apa pulak kata dorang. Rezeki jangan ditolak... Musuh jangan dicari. Betul tak?
Part tarawih pulak... Setiap malam pasti ada yang bersedekah ke surau untuk dijadikan jamuan selepas tarawih. Balik tarawih pasti bawak tapau berisi pelbagai jenis kuih... Sampai tak habis makan. Huhu...
Rindunya saat itu...
2 Comments
wahh best nya kg Fiza.. sini dah kurang tradisi tu... duk taman kurang meriahnya...huhu
ReplyDeletemenarik fiza tradusi hantar dulang ni..macam kenduri sebelum puasalah ni kan
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.