Assalamu'alaikum,
Meggie sup sayur campur resepi dari encik suami. Ni kisah breakfast pagi tadi. Alhamdulillah, hubby menawarkan diri nak buatkan breakfast. Rupanya meggie sayur campur jadi hidangan. Lama jugak tak merasa mee segera. Apa salahnya sekali-sekala kan... Honestly, memang sedap meggie sup sayur campur yang dia buatkan.
Resepinya... Mudah je pun. Meggie sup, telur, bunga kobis, lobak merah dan brokoli. Alia asyik cakap sedap je dengan ayahnya. Tambahan Alia cukup suka makan brokoli, bunga kubis dan carrot. Kadang-kadang tu... Kalau kita bubuh sayur dalam pinggan dengan nasi. Pasti ada adegan mengutip sayur nantinya. Lebih suka makan sayur dari nasi. Sebab tu... Bila besar ni... Kalau nak makan. Lebihkan sayur dari nasi. Kalau tak... Membazir jelah letak bebanyak nasi. Mesti jadi habuan tong sampah akhirnya.
Dek kerana breakfast lewat around jam 9:30 pagi... Lunch pun lambat. Haha... Sabo jelah dengan dorang dua beranak.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.