Assalamu'alaikum
Nasi sudah menjadi bubur, satu perumpamaan yang sangat dalam maknanya. Tetiba aku nak share satu cerita. Ini tentang seorang remaja perempuan yang baru berusia 14 tahun yang sangat dimanjakan oleh emaknya. Sangat sosial orangnya. Kekadang bila orang tuanya takde di rumah... Berani pulak bawak lelaki naik rumah sehingga suatu hari ditangkap oleh orang kampung.

Sumber dari google

Tapi... Mak gadis tersebut menyalahkan teman lelaki anaknya. Kalau tak kerana dia... Anaknya tidak berperangai sebegitu. Alahai... Mudahnya membuat tuduhan tanpa usul dan periksa. Bagi aku... Tepuk sebelah tangan tak kan menjadi tau...

Mereka tidak dinikahkan... Sebaliknya gadis tersebut dihantar ke rumah saudaranya untuk mengelak daripada berjumpa lelaki tersebut. Namun... Nasi sudah menjadi bubur... Gadis tersebut dah pun mengandung. Nak atau tidak... Suka atau tidak... Mereka akhirnya dikahwinkan.

Moral of the story, setiap perilaku anak mencerminkan orang tuanya. Memanjakan anak... Biarlah bertempat. Jangan terlalu mengejar harta dunia sehingga lupa akan amanat Allah. Aku percaya... Andai baik didikan kita... Insya Allah, pasti hasilnya pun baik. Wallahu'alam...

Entri sekadar monolog dalaman untuk renungan buat diri dan rakan.