Assalamu'alaikum
Resepi ayam goreng ala KFC, entri masak memasak menu ringkas yang kadangkala diubahsuai mengikut citarasa sendiri haruslah ditempek di sini. Sebelum... Sebelum ni, versi ayam goreng yang aku buat tersangatlah mudah. Semudah ABC. Nak tahu resepinya... Aku pernah kongsikan entrinya DI SINI bertajuk ayam goreng tepung.


Kebiasaan bulan puasa... Nafsu makan memang mengada. Alia pulak dok sebut ayam KFC. Nak bawak ke restoran KFC... Malas pulak nak usung Ain bagai. Sudahnya... Cuba google resepi ayam goreng kfc. 

Alhamdulillah... Selepas berbuka semalam, aku start pulak dengan projek penyediaan bahan untuk membuat ayam goreng ala kfc. Nasib baik semua bahan ada. So, bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-
  1. Ayam sekilo. Aku guna wings... Sebab stok tu je yang ada dalam freezer
  2. 2 sudu kari
  3. 2 sudu cili
  4. 7 ulas bawang putih yang dikisar
  5. sedikit garam
  6. sedikit ajinomoto
  7. kiub ayam
  8. sedikit soda bikarbonat
  9. telur 2 biji
  10. tepung jagung untuk buat salut dan
  11. tepung gandum juga untuk membuat salut.
Cara membuatnya pulak adalah seperti berikut:-
  1. First, kalau aku... Nak bagi ayam empuk dan cepat untuk digoreng. Ayam kenalah direbus terlebih dahulu.
  2. Kemudian perapkan dengan kari, bawang putih, sedikit ajinomoto, garam secukup rasa, kiub ayam dan sedikit soda bikarbonat. Dan biarkan sejam. Tapi aku buat semalaman kerana nak makan time sahur.
  3. Untuk salut pulak... Just gaulkan tepung gandum dengan tepung jagung. Then tambahkan secubit soda bikarbonat dan jugak kari.
  4. Bila part nak menggoreng pulak. Pastikan guna minyak yang banyak. Untuk ayam yang telah diperap pulak... Gaulkan dengan 2 biji telur sebelum diuli dengan tepung. Uli ayam yang telah diperap satu persatu dengan tepung salut dan goreng sehingga garing.
Alhamdulillah... Berjaya jugak misi membuat ayam goreng ala kfc aku. Not badlah rasanya. Cuma aku terlupa masukkan lada. Lagi satu... Aku terlupa url laman yang aku usha resepi ayam goreng kfcnya. Sudahnya, aku main campak je bahan yang ada. Huhu...