Assalamu'alaikum ♥
Resepi terung masak kicap kesukaan sendiri haruslah di tempekkan di sini. Tiap kali buat terung masak kicap... Teringat pulak dengan kisah sendiri yang pada mulanya tak suka makan terung. Entah! One day, tak silap tahun 2003... Mak temankan Fiza bermalam di SK Balingan... Sebab masa tu Fiza bekerja jadi guru sandaran selama setahun di situ.
Nak dijadikan cerita... One day, Balik dari mengajar... Perut yang lapar teramat. Terus bantai terung masak kicap yang mak buatkan.
Fuh! Habis semangkuk Fiza makan. Rupanya sedap jugak terung bila dimasak gitu... Serius, before tu mak pun tak pernah buat terung masak kicap... Sebab tahu yang anak-anaknya kurang gemar makan sayur.
Entah! Tiba-tiba pulak haritu dia masak terung masak kicap. Start dari hari tulah... Fiza menuntut resepi... Sampai sekarang... Terung masak kicap jadi kesukaan. Encik suami dan anak-anak pun suka... Nak-nak extra telur. Marvelous!
BAHAN-BAHAN TERUNG MASAK KICAP
Nak buat semudah ABC. Bahan-bahan pun sikit. Cuma perlu ada terung 5 batang, telur 2 biji, bawang putih 4 ulas, halia sebesar ibu jari, kicap masin adabi sudah semestinya. Hehe... Boleh je guna apa-apa jenis kicap. Lepas tu... Kena jugak ada cili, ajinomoto dan minyak untuk menumis.
CARA MEMBUAT TERUNG MASAK KICAP
- Cili, halia dan bawang putih dipotong halus dan digoreng sehingga naik bau.
- Pecahkan dua biji telur.
- Masukkan terung dan kicap
- Tambah sedikit air dan masukkan sedikit ajinomoto ke dalam sayur terung dan tunggu sehingga masak.
Mudahkan. Alhamdulillah... Rezeki berbuka kami sefamili semalam...
Nota Kaki : Tips beli terung yang segar, kenalah pilih yang tak calar dan kecut. Kemudian cara simpan yang betul untuk terung pulak, simpan di tempat yang kering dan elak daripada terkena cahaya. Simpan pun dalam masa sehari dua je.
#ResepiOrangKampung
#TerungMasakKicapBertelur
1 Comments
muni paling suka terung fiza..sedapnya!pernah buat terung msk kicap tp yg versi letak telur belum pernah cuba..nti nk try
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.