Assalamu'alaikum
Resepi berbuka kami semalam... Udang masak kunyit haruslah ditempek. Begitulah... Apabila meroyan nak jadi iron chef tetiba datang di bulan puasa... Maka bermacam-macam resepi dibuat untuk melunasi selera anak tekak. 

Actually, udang masak kunyit adalah menu kegemaran Alia. Nampak udang masak kunyit, confirm bertambah-tambahlah nasi dia. Tapi... Udang kecik je pun Alia boleh makan. Kalau makan udang galah... Hurmmm! Sah-sahlah alergi akan timbul. Tak silap, aku pernah share cerita pasal Alia terkena alergi makan udang DI SINI.


Gambar resepi udang masak kunyit

Berbalik kepada menu udang masak kunyit. Nak buat... Bahan pun sikit... Iaitu 500gm udang, kunyit, halia yang dikisar bersama beberapa ulas bawang putih, cili dan bawang besar dihiris, garam, ajinomoto, satu sudu kari dan sedikit minyak untuk menumis. Nak membuatnya, berikut langkah demi langkah yang perlu dilakukan:-
  1. Panaskan minyak dan masukkan halia dan bawang putih yang telah dikisar dan goreng sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang besar dan cili.
  3. Masukkan kunyit dan kari. Selepas tu tambah sedikit air.
  4. Masukkan udang. Perasa dengan garam dan ajinomoto dan tunggu sehingga masak.
Cara nak tahu udang dah masak atau tak... Senang je. Tengok kulit udang bertukar warna. Mean masaklah tu. Lagi satu... Tak perlu masak lama-lama... Demi untuk kekalkan kemanisan pada udang.

Senangkan. Alhamdulillah, rezeki berbuka kami semalam.