Assalamu'alaikum ♥
Sabtu yang hujan, memang sedap tidur... Nak-nak di kampung yang jauh dari bandar. Lansung takde plan untuk jalan-jalan harini. Lagipun adik aku dan isterinya baru sampai dari Perlis semalam. So, banyak benda nak borak. Hehe...
Alhamdulillah... Adik ipar orang Perlis. So, dah jadi kebiasaan dia akan bawak mangga harumanis yang popular dari negeri Perlis. Nanti nak jugak merasa mangga harumanis makan dengan pulut bersantan. Terliur pulak dah bila terbayang. Haha...
Hubby lepas subuh sambung tidur. Ain dan Alia pun still tidur. Apalagi... Sempat jugak nak draf entri sambil buat kerja rumah. Hehe... Nanti, dorang dah bangun... Minta maaf, no gadget... No laptop. Masa cuti ginilah peluang santai bersama tu banyak. Jadi... Kena hargailah masa yang ada. Ye tak?
Nampak gayanya... Hujan tak berenti lagi. Bestnya kalau sambung tidur balik. Haha...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.