Belikan tudung untuk Alia antara agenda kami raya tahun ni. Namun, takdelah sampai memaksa Alia untuk bertudung. Ikut kemahuan dialah kan. Lagipun Alia masih kecik lagi untuk dipaksa. Just... Terfikir untuk biasakan Alia untuk bertudung je sebenarnya.
Malam raya... Siap dah iron pakaian kami 4 beranak untuk 4 hari raya di rumah mertua. Lepas mandi semua... Bersalaman. Kami pun ambik keputusan untuk berziarah raya di rumah saudara belah hubby. Tak sangka pulak Alia mintak dipakaikan tudung. Sama macam mak katanya. Allah... Tetiba aku terharu. Start jam 2 petang gitu sampailah ke jam 6 petang... Alia lansung takde mintak dibukakkan tudung. Alhamdulillah... Maybe dia tengok aku, mak mertua dan adik ipar bertudung kot. Tu yang dia teruja nak pakai.
Then... Keesokannya pun sama, masa shopping di Summer Mall... Alia mintak lagi dipakaikan tudung. Wah! Hati ibu mana tak suka kan... Tanpa dipaksa... Alia offer diri untuk bertudung. Moga... Sikap itu berterusan hendaknya. Amin...
Kata hubby... Tips didik anak... Mendengar kata... Kenalah selalu peluk dan cium. Di samping tu... Jangan lupa selalu puji. Lumrah manusia... Sememangnya suka dipuji. Alia pulak memang suka dipuji. Malah... Selalu tanya. Cantik tak Alia? Haha... Macam-macam ragam budak kecik kan ^_^.
1 Comments
Y Allah comelnya Alia bertudung..suka tgok anak2 kecil baya alia ni nak pakai tudung..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.