Resepi biskut tembikai. Bila first time membuat dan menjadi. Apalagi... Resepinya haruslah diletakkan di blog. Andai kata, satu hari nanti nak ulang membuat resepi yang sama. Just search di blog sendiri. Senang cerita. Hehe... Habis buat tart gulung nenas... Projek diteruskan dengan membuat biskut tembikai.
CARA MEMBUAT RESEPI BISKUT TEMBIKAI SUSU SUKATAN CAWAN
Bahan yang diperlukan untuk membuat biskut tembikai adalah seperti berikut:-
- 4 cawan tepung jagung
- 1 cawan buttercup
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan tepung gandum
- selasih
- perisa strawberi, vanilla dan pandan
- sebiji telur
- pewarna merah dan hijau
Cara membuat pulak. First... Kacau telur dengan buttercup. Then, masukkan tepung dan susu. Bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian perisa vanilla tanpa warna. 1 bahagian perisa pandan bewarna hijau dan 1 bahagian perisa strawberi bewarna merah dan diletakkan selasih. Last sekali... Lapiskan dan buat seperti roll dan potong. Senangkan.
Alhamdulillah... Kemain suka Alia makan.
1 Comments
wahhh..menjadi biskut tembikai ya Fiza.. nampak sedap tu...sy ni main tunjuk je..yg buat popia nestum ja..hehe..
ReplyDeletesalam lebaran ya buat fiza & family.. kosong2.. :)
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.