Dahfa Seaweed projek pertama persiapan raya. Tetiba balik dari kerja dan selepas berbuka dengan nasi kerabu. Adik pompuan aku bersuara ajak shopping bahan untuk membuat kuih raya. Huhu... Adakah adik aku skodeng entri sadis aku pagi tadi DI SINI.

Takpe haihh... Dipendekkan cerita. After berbuka... Hubby dan adik-adik aku pecut ke Kedai Doraemon, Betong untuk membeli bahan kuih. Sampai rumah... Yang lelaki pergi tarawih. Adik pompuan aku pulak dok sibuk deko dahfa seaweed.
Gambar Dahfa Seaweed

CARA MEMBUAT DAHFA SEAWEED
Nak buat dahfa seaweed, bahannya hanyalah telur sebiji, seaweed dan dahfa. Step membuatnya pulak adalah seperti berikut:-
  • Lipat 1 dahfa yang panjang menjadi pendek
  • Gunting seaweed
  • then cekakkan dahfa dengan seaweed dan gamkan seaweed dengan telur.
  • Lepas tu boleh goreng atau bakar dalam oven bagi rangup.
Memang sedap. Nyummy! Dah siap kena letak dalam freezer. Tak boleh goreng atau bakar dulu kalau tak raya. Haha... Silap-silap habis buat snack tengok tv. Lagi sekarang banyak drama best. Kan!

Biasalah... Dah menjadi kelaziman bila membuat biskut atau kudapan... Lebih banyak masuk mulut daripada masuk balang. Betul tak?