Perkembangan Nur Ain Haziqah 7 bulan haruslah dicatat. Actually, hari raya ketiga dah Nur Ain genap 7 bulan. Dek kerana beraya di rumah mertua... Jadinya, takde masa untuk update blog. Lagipun... Nur Ain memanjang tak nak berenggang. So, memang tak bolehlah nak hadap note. Hurmmm...


Sekarang ni... Nur Ain dah start angkat punggung... Seperti belajar untuk duduk. Tangan pulak dah semakin mahir mengutip benda atas lantai... Dan semua benda nak dimasukkan ke mulut. Kena extra pemantauanlah nampak gayanya.

Bukan tu saja... Pandai mengajuk perbuatan orang pun dia. Bila diagah... Gelak ketawa dia... Boleh didengari jiran sebelah. Haha... Bila kita kata give me five... Kemain comel tangan dia, tepuk telapak tangan kita. Sesekali aku geram... Habis pipi Ain aku gomolkan. Apalagi... Berdekah-dekah kegelian. Masa nilah... Masa keemasan untuk bermain puas-puas dengan Ain. Nanti... Bila dah sebesar kak Alia... Rindu pulak... Masa baby dorang. Pastu... Mulalah... Bukak laptop cari folder gambar dorang. Hehe...