Raya Pertama Di rumah mertua. Alhamdulillah... Seawal 1140pagi kami dah sampai di kampung Sindang, Samarahan. Sampai je... Aku terus mandikan Alia dan Ain. Then... Bagi dorang makan.
Time kami sampai... Adik ipar perempuan aku tengah mengemas rumah. Apalagi... Alia siap tanya "buat apa tu?, boleh ya tolong?"... Trik yang selalu Alia gunakan tiap kali nak "menolong" aku. Biasalah budak seusia Alia. Apa saja yang kita buat... Pastinya, dia pun nak buat.
Belah malam... Dek kerana kepenatan. Aku, Alia dan Ain terus tidur tanpa menunggu pengumuman raya. Hehe... Seperti duatigaempat tahun yang lepas. Kebiasaannya hari raya dah tahu bila. Sama je mengikut yang dah tercatat di kalendar. So, takde semangat sangat nak dengar pengumumannya. Tak macam zaman kecik-kecik dulu. Memang semangat habis nak dengar pengumuman tarikh hari raya.
Jam 1 gitu barulah aku terjaga. Tengok-tengok mak mertua aku dok sibuk buat rendang dan jugak kelupis. Huhu... Bertuah punya anak menentu. Sempat lagi buat taik mata malam raya... Tu cerita before raya. Nanti ada masa... Aku update pasal first day raya pulak. Insya Allah ^_^.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.