Resepi ikan Jan masak masam manis. Menu berbuka semalam yang harus dikongsikan. Dah google ikan jan... Tapi tak jumpa. Maybe di semenanjung nama ikan jan disebut lain. Di Sarawak, ikan jan memang famous... Sebab isinya tak bertulang. Ada yang kata... Nama lain ikan jan ialah ikan mayung. Entah! Yang penting sedap.
BAHAN IKAN JAN MASAK MASAM MANIS
Nak buat ikan jan masak masam manis... Berikut adalah antara bahan yang kena ada, iaitu:-
- Sedikit minyak untuk menumis
- 500gram ikan jan
- Halia sebesar ibu jari dikisar
- 4 ulas bawang putih dikisar
- 4 ulas bawang merah dikisar
- sos tiram
- kicap manis
- sedikit cili boh
- sedikit garam dan ajinomoto
- sedikit gula
- cili untuk hiasan
Cara membuatnya pulak. First tumis kesemua bahan yang dah dikisar sehingga naik bau. Then, masukkan ikan, sos tiram, cili boh dan perasakan dengan sedikit garam, ajinomoto dan gula. Dah masak... Taburkan cili untuk hiasan.
Mudahkan. Alhamdulillah... Menu ikan jan masak masam manis nilah yang paling mendapat sambutan di majlis berbuka yang kami adakan semalam.
2 Comments
Ikan jan tu ikan apa erk...x pernah dengar...first time ni...mybe kalau ad gambar ikan tu sebelum jadi lauk boleh knal kot...
ReplyDeleteSA : Nanti kalau fiza beli ikan ni lagi. Insya Allah, fiza akan kongsikan gambarnya di sini ye ^_^.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.