Resepi ikan Jan masak masam manis. Menu berbuka semalam yang harus dikongsikan. Dah google ikan jan... Tapi tak jumpa. Maybe di semenanjung nama ikan jan disebut lain. Di Sarawak, ikan jan memang famous... Sebab isinya tak bertulang. Ada yang kata... Nama lain ikan jan ialah ikan mayung. Entah! Yang penting sedap.


BAHAN IKAN JAN MASAK MASAM MANIS
Nak buat ikan jan masak masam manis... Berikut adalah antara bahan yang kena ada, iaitu:-
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 500gram ikan jan
  • Halia sebesar ibu jari dikisar
  • 4 ulas bawang putih dikisar
  • 4 ulas bawang merah dikisar
  • sos tiram
  • kicap manis
  • sedikit cili boh
  • sedikit garam dan ajinomoto
  • sedikit gula
  • cili untuk hiasan
Cara membuatnya pulak. First tumis kesemua bahan yang dah dikisar sehingga naik bau. Then, masukkan ikan, sos tiram, cili boh dan perasakan dengan sedikit garam, ajinomoto dan gula. Dah masak... Taburkan cili untuk hiasan.

Mudahkan. Alhamdulillah... Menu ikan jan masak masam manis nilah yang paling mendapat sambutan di majlis berbuka yang kami adakan semalam.