Semakin lasak dan lincah dah Ain sekarang ni. Pantang tengok mainan di depan mata... Mesti berguling-guling badannya... Berusaha sungguh untuk ambik. Sesekali kedengaran rengekkannya tanda protes tak dapat nak ambik. Tapi... Aku biarkan dia berusaha dan berdikari untuk ambik mainan tu sendiri.
Bila dah dapat... Horrey! Tunjuk skill pegang guna sebelah tangan je woi. Haha... Tangan paling dominan sekarang ni... Belah kiri. Amboi... Banyak gen ibu ni. Dulu... Kak Alia pun tunjuk skill belah kiri. Mana tak tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi kan...
Malam-malam bila terjaga. Takde aku disebelah... Siap! Suara dia menangis boleh dengar jiran sebelah. Bila aku datang mendekati... Terus diam. Kemain dia... Dah tahu berperasaan resah bila berjauhan.
Tu antara lain perkembangan Ain setakat 1 Julai 2015. Lagi 17 hari... Genaplah umur Ain 7 bulan. Tak sabar pulak nak tengok Ain duduk. Huhu...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.