Ajar anak menggunting dengan mudah dan santai. Tajuk panjang tak ingat dunia. Haha... Bila usia Alia lagi beberapa bulan melangkah 4 tahun, pelbagai idea aktiviti homeschooling aku kumpulkan untuk dijadikan aktiviti bersama kami pada waktu terluang. Insya Allah... Ain pun dah boleh join sekali. But untuk aktiviti menggunting, kami buat belah malam selepas Ain tidur... Biasalah Ain... Suka sangat nak berebut dengan si kakak. Benda tajam... Takut pulak tercedera nanti.

Nak dijadikan cerita, semalam kami buat aktiviti menggunting bersama. Bahan yang kami guna... Hanyalah bahan yang terdapat di rumah... gunting dan bekas kotak biskut Recheese Ahh. First time pegang gunting, aku lansung tak menaruh harapan tinggi yang Alia terus boleh melakukannya dengan baik... Walaupun, Alia mudah untuk mendengar kata orangnya.

So, first step before memulakan aktiviti... Kenalah bagi arahan dulu... Tunjukkan cara bagaimana pegang gunting dengan betul... Bahayanya gunting kalau tidak dikendalikan dengan betul... Dan seterusnya, bagaimana cara menggunting dengan betul.

Duatiga hari before menjalankan aktiviti menggunting... Ada jugak baca beberapa artikel mengenai tips bagaimana mengajar anak menggunting dengan mudah. Umur berapa tahun boleh ajar menggunting, cara terbaik untuk mengajar anak menggunting, keburukan anak tak pegang gunting dan sebagainya. Pada aku... Aktiviti menggunting boleh je diajar dari awal... Terutamanya... Bila anak dah boleh mendengar arahan dengan baik... Senang cerita... Bila anak dah start boleh bercakap... Dah boleh dah tu. Actually, aktiviti menggunting bagus untuk melatih motor halus anak-anak. Bila dah terbiasa pegang gunting, nanti bila dah ke sekolah... Takdelah kekok sangat nak pegang gunting right. Sebab nanti... Bila dah start masuk tadika or prasekolah... Banyak jugak aktiviti menggunting dijalankan... Itu menurut beberapa laman para guru yang pernah aku google...


Bagi permulaan dalam mengajar Alia menggunting... Langkah pertama... Aku hanya membiarkan Alia menggunting secara bebas kotak lembut bekas Recheese Ahh... Yang dah siap aku potong jadi bahagian yang kecil, supaya mudah untuk Alia menggunting. Not bad... Walaupun gunting tak berapa nak sesuai... Alia dah boleh pegang gunting dengan elok... Cuma, part menggunting still lambat... Takpe nak, bila dah selalu buat nanti... Mesti mahir punya. Insya Allah. Nanti dah mahir... Banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dijalankan. Hehe...

Before menggunting kotak, aku try jugak ajar Alia terus gunting kertas A4... Memang betul kata ibu-ibu yang pernah buat... Memang tak boleh nak menggunting... Sangat... Sangat tak membantu... Kertas A4 asyik melekat. Tapi... Bila aku tukar guna kotak lembut pulak... Barulah elok dan lancar Alia menggunting.

Bila menggunting tu... Pastinya terhasil sampah kotak. Untuk elak kotak tak bersepah... Awal-awal lagi aku dah sediakan bakul kecik untuk Alia letakkan hasil guntingannya. Alhamdulillah... Untuk aktiviti menggunting, Alia sangat teruja... Sampaikan 20 minit yang aku cuba setkan untuk aktiviti lansung tak terasa. Siap kata kat aku... Esok dia nak menggunting lagi... Huhu. Biasalah budak... Bila benda baru dorang buat, mestilah keterujaan tu... Tinggi right.

Tu langkah pertama aktiviti menggunting Alia. Insya Allah... Untuk second step akan aku update nanti ok.

Wallahu'alam.