Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Bendi goreng bertelur. Salah satu menu dinner kami semalam yang sempat Fiza sediakan. Alhamdulillah... Nak buat bendi goreng bertelur, Insya Allah... Tersangatlah mudah.
Bahan yang diperlukan
Bendi lebih kurang 15 biji/batang + 4 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah + 2 biji telur + cili mengikut kesukaan ramai + garam + ajinomoto + sedikit minyak untuk menumis dan sedikit asam jawa untuk hilangkan lendir kacang bendi.
Cara membuat bendi bertelur... First, potong atau hiris menyerong. Then... hiriskan bawang dan cili. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan telur... Masukkan bendi dan sesudu air asam jawa. Dah... Siap! Mudahkan.
Tapi... Fiza lagi suka kalau kacang bendi dibuat ulam. Pergh! Boleh tambah nasi dibuatnya. Actually kacang bendi bagus tau untuk bantu perkembangan otak kita. Di mana... Menurut info yang pernah Fiza baca di majalah iSIHAT... Kacang bendi mengandungi dua peratus protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu, bendi juga dikatakan kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang mana sangat sesuai untuk perkembangan otak. Malah dalam bidang perubatan... Bendi dikatakan digunakan sebagai peransang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea, sifilis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung.
Pada penggemar kacang bendi... Itu adalah berita baik buat korang. Walaupun kacang bendi nampak tak sedap. Namun kacang bendi punyai banyak kelebihan yang mesti kita hargai. Wallahu'alam...

0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.