Blackout dan drama Sinetron Yasmin. Actually Sinetron berjudul Yasmin merupakan sinetron yang menggantikan cinta anak cucu adam. Entah... First layan haritu terus melekat. Tapi... Semalam first time ketinggalan ceritanya dek kerana blackout. Ada yang kata... blackout semalam seluruh Sarawak. Betul ke tidak... Wallahu'alam. Apalah terjadi pada Alvino dan Yasmin yer setelah diarahkan oleh Om Usman membuat kerja di rumah ibu tiri Yasmin... Even, itu hanyalah rancangan Om Usman


SINOPSIS DRAMA SINETRON YASMIN TV3
Actually sinetron Yasmin mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Alvino... Merupakan seorang pengusaha tekstil yang berjaya. Dengan perniagaannya yang semakin berkembang maju, Dolly dan anak gadisnya Karin, mengambil kesempatan untuk tinggal di rumah Alvino.
Alvino mempunyai setiausaha bernama Windy. Sebelumnya, Windy sudah mempunyai kekasih, namun Windy memutuskan hubungan mereka sebaik sahaja mengetahui Alvino tertarik padanya dan merencana ingin berkahwin dengannya.

Di majlis perkahwinan kawannya, Om Usman mengenali seorang gadis bernama Yasmin. Yasmin dilihatnya seakan gadis yang polos, lurus bendul, naif dan jujur. Yasmin tinggal bersama emak tirinya iaitu Helena dan juga kakak tirinya Chika. Mereka kedua-duanya pemalas dan bersikap licik.

Om Usman datang menemui Alvino dan membuat perjanjian dengannya. Katanya, Yasmin bakal memberinya cinta sejati. Dengan itu, Om Usman menjadikan Yasmin sebagai setiausaha di syarikat baru tempat Alvino bekerja.

Om Usman datang ke rumah Yasmin dan menawarkan jawatan setiausaha kepada Yasmin. Yasmin lantas bersetuju. Namun berlainan pula dengan emak tirinya, dia meminta sejumlah wang sebelum Yasmin dibenarkan bekerja. Om Osman membayar 200 juta rupiah kepada emak tiri Yasmin sebagaimana syarat yang telah ditetapkan.

Yasmin akhirnya bekerja di bawah syarikat tekstil. Alvino bekerja di bahagian kewangan. Om Usman membenarkan Yasmin melanjutkan pelajarannya di kolej, sebaik sahaja waktu kerjanya tamat. Yasmin ketika itu mengambil kuliah malam.

Donnie merupakan pengurus di syarikat itu. Pada awalnya, Donnie turut mengambil kesempatan terhadap Yasmin. Namun sebaik melihat peribadi mulia Yasmin, Donnie akhirnya jatuh cinta pada Yasmin. Pada masa yang sama, Alvino juga turut jatuh hati kepada Yasmin.

Mengetahui Yasmin menaruh perasaan terhadap Alvino. Donnie merencana ingin menjatuhkan Alvino. Tujuannya supaya hati dan cinta Yasmin beralih kepadanya. Pemandu Alvino yang bernama Milo, jatuh hati pada sepupu Alvino iaitu Karin.

Yasmin kemudiannya berkenalan dengan Evan. Evan bekerja di syarikat bersebelahan syarikat Yasmin. Hubungan Evan dan Yasmin adalah sahabat baik. Namun perlahan-lahan bertukar menjadi suka dan jatuh cinta. Evan jatuh hati terhadap Yasmin. Yasmin meluahkan isi hatinya mengenai Alvino di hadapan Evan. Barulah Evan mengetahui bahawa Yasmin menyukai lelaki lain.

Evan tidak putus asa, dia membuat lamaran terhadap Yasmin. Yasmin menolak lembut dan meminta Evan agar tidak menemuinya lagi. Dolly menawarkan ganjaran hadiah lumayan jika Helena mampu membuatkan anak gadisnya menikahi Evan. Helena terus bersetuju.

Alvino memutuskan untuk berkahwin dengan Yasmin. Namun hasratnya berkecai bila mana Helena membongkar rahsia perjanjian antara Alvino dan Om Usman. Yasmin merasa tertipu. Lantas membatalkan rancangan kahwinnya bersama Alvino.

Yasmin meninggalkan Alvino dan membuat keputusan akan berkahwin dengan Evan. Hati Alvino hancur... Baginya, Yasmin adalah cinta sejatinya. Segala persiapan perkahwinan telah diatur. Ketika itu, Evan telah tertarik dan jatuh hati pada kakak tiri Yasmin iaitu Chika. Mereka saling mencintai antara satu sama lain.

Melihat Alvino terseksa mengharungi hidup tanpa Yasmin, Om Usman datang berjumpa Yasmin dan menjelaskan perkara sebenarnya. Barulah Yasmin faham. Yasmin yang tergesa-gesa mencari Alvino tidak dapat menjejaki di mana keberadaan Alvino. Yasmin berasa sedih.

Siapa sangka Yasmin bakal bertemu kembali dengan Alvino di dalam syarikat itu. Yasmin begitu terkejut melihat kehadiran Alvino selepas dia menghilangkan diri sebelum ini. Yasmin memaklumkan perkara itu kepada Om Usman.

Akan terjalin kembalikah cinta sejati antara Yasmin dan Alvino? Tuluskah cinta Evan terhadap Chika? Adakah sikap Chika juga telah berubah kepada Yasmin? Bagaimana perancangan Dolly untuk menyatukan anaknya iaitu Karin dengan Evan?...

Huhu. Panjang lagi episod sinetron Yasmin ni sebenarnya... Tak silap 82 episod. Biasalah drama sinetron... Ada-ada saja plot masalah sehingga membuatkan penonton ternanti-nanti akan kesudahannya... Tu bagi yang minat sinetron. Bila dah panjang sangat episod... Kekadang ada jugak sinetron yang membuatkan kita boring nak teruskan hajat nak menonton.

Setakat ni... Boleh lagi layan Yasmin... Tapi, seterusnya... Tak tau lagi. Haha.