Cinta Si Wedding Planner!Bila?... Drama terbaru yang akan menghiasi slot akasia pada 2016. Tu antara info yang aku baca daripada beberapa buah laman. Adakah Drama Cinta Si Wedding Planner... Pengganti kepada drama Akulah Balqis, 24 episod yang sedang bersiaran sekarang ni sehingga penghujung Disember nanti. Wallahu'alam.

Gambar Novel Cinta Si Wedding Planner Penulis Dhiyana

Sumber gambar daripada google image

Dok tengok kengkawan blogger pernah update mengenainya. Apalagi... Nak jugak tahu jalan cerita cinta si wedding planner tu. Actually, cinta si wedding planner sama seperti drama Tuan Anas Mikael dan beberapa drama lain... Di mana ia juga merupakan drama adaptasi novel. Berdasarkan laman yang aku baca, berikut adalah merupakan sinopsis penuh bagi drama cinta si wedding planner:-

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?

Menurut apa yang aku baca, Antara para pelakon yang membarisi watak dalam drama cinta si wedding planner adalah seperti Mira Filzah sebagai Izara Batrisya, Adi Putra sebagai Fariz Adryan, Shima Anuar sebagai Shirah / Nadia dan Fadlan Hazim sebagai Bazli

Tu la gambaran serba-sedikit perjalanan cerita cinta si wedding planner berdasarkan info yang aku dapat daripada laman web infotaip.

Baca Online Novel Cinta Si Wedding Planner
Ada jugak usha web penulisan2U... Kot-kot ada sedutan novel cinta si wedding planner di situ. Alhamdulillah... Bolehlah baca online novel Cinta Si Wedding Planner di laman web www.penulisan2u.my/novel-cinta-si-wedding-planner-1/, at least boleh tau serba-sedikit mengenai perjalanan ceritanya right.

Penangan drama Tuan Anas Mikael... La ni, aku jadi tak keruan... Sampai terjebak jugak baca online novel. Kalau hubby baca entri ni... Mesti dia kata minah jiwang. Huhu... Lama dah tak beli novel tau... Time study je dulu rajin baca novel. Lepas kawin... Boleh pulak hilang hobi baca novel... Haha.