Hai Lah Menantu, tajuk cerekarama malam ni, 14 November 2015 bersiaran di tv3 jam 9 malam... Itu info yang aku tengok kat iklan di tv. Before menonton, seperti biasa... Zaman sekarang, guna phone pun boleh melayari internet. So, kenalah baca dulu sinopsisnya... Menarik ke tidak. Nak jugak tau... Siapa pelakonnya kan. Kekadang, kalau tak kena pelakon dengan jalan ceritanya... Siap! tak menariklah ceritanya. Betul tak?

Tengok jelah drama Tuan Anas Mikael... Semua pelakon yang membarisi ceritanya best. Jadi tu antara lain menyebabkan dramanya menjadi hits di media sosial.

Berbalik kepada cerekarama hai lah menantu. Antara para pelakonnya adalah Kamal Adli sebagai Imran, Amyra Rosli sebagai Aminah / Brader Amin dan Kartina Aziz sebagai Puan Seroja Lailatul Qadriah... Dan berikut adalah sinopsis hai lah menantu berdasarkan apa yang aku baca daripada laman infotaip.

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS HAI LAH MENANTU
Imran ialah seorang lelaki yang hampir mempunyai segalanya, kecuali seorang teman wanita mahupun isteri. Oleh sebab itu, Imran sering mengharapkan ibunya, Puan Seroja untuk menjaga kebajikannya. Puan Seroja yang selalu bersabar dan melayan kerenah anaknya tiba-tiba mendapat idea untuk mencarikan Imran pasangan hidup semasa Imran ke luar negeri atas urusan kerja.

Puan Seroja menyamar menjadi tukang cuci di pejabat tempat Imran bekerja. Dia mencari pasangan yang sesuai buat Imran kerana hidupnya banyak dihabiskan di pejabat. Puan Seroja sering berbual dengan Aminah, seorang gadis kasar tetapi comel. Dia merasakan Aminah ialah calon yang sesuai kerana Aminah seorang yang baik hati dan banyak membantunya.

Berjayakah misi Puan Seroja? Apakah reaksi Aminah apabila mengetahui identiti sebenar Puan Seroja? kenalah tengok sendiri malam ni kan.