Tak nak minum susu... Itulah jawapan Alia setiap kali dibagi susu dumex dugro sejak seminggu ni. Dahla... Setiap bulan 4 atau 5 bungkus dumex dugro yang 900gram sebungkus kami buat stok. Sekali... Dia tak nak minum susu dah sekarang ni. Asyik kata nak minum milo.


Semalam hubby berbual dengan Alia... Tanya...
Hubby : Kenapa Alia tak nak minum susu?
Alia : Alia nak minum milo...
Hubby : Milo dah habis dah...( Kebetulan milo di dapur dah habis.)
Alia : Takpe yah... Alia minum teh.
Hubby : Budak mana boleh minum teh. Nanti Alia terbantut... Susah nak besar.
Alia : Takpe yah... Alia minum ais sejuk jak. (air sejuk pada dia adalah air kosong)
Hubby : Allah... ada saja jawapan Alia. Esoklah ayah belikan Alia milo.

Perbualan mereka berakhir dengan salaman sebelum tidur. Sudahnya... Semalaman dia tak minum susu. Pagi semalam, hubby terus shopping... Hubby belikan susu fernleaf coklat. Harga susu fernleaf coklat adalah RM22.50 untuk 900gram sebungkus. Lebih murah berbanding dumex dugro. Alhamdulillah... Nampak gaya Alia macam suka minum. Nampaknya... Alia dah tak mahu minum susu dumex dugro. Huhu... Takpelah... Lagipun umur dia sekarang dah 3 tahun 8 bulan. Turutkan jelah kemahuan dia. Lagipun... Kesian pulak nak paksa-paksa... terutamanya melibatkan makan minum right.

Oh ya... Dalam masa seminggu... Antara tanda-tanda awal Alia tak nak minum susu adalah... First, kurang mintak susu... Bila minum susu pulak... Mesti tunjuk reaksi nak termuntah... Yang pasti... Separuh je susu dia minum... Selebihnya mesti terbuang. Mana tahu kot-kot ada yang nak tahu tanda-tanda awal anak tak nak minum susu. Hehe...