Nur Ain Haziqah 12 bulan... Entri terkini dari aku. Sekadar catatan untuk kenangan. Alhamdulillah... Kalau tiga hari lepas, umur si kakak genap 3 tahun 10 bulan... sehari lepas tu pulak... Umur si adik Nur Ain genap setahun.


Semakin ligat berlatih melangkah sekalidua... Jatuh! then terus mengorak langkah. Kalau Alia dulu seminggudua berlatih melangkah... Sudahnya tak sampai dua minggu dah boleh berjalan. Alhamdulillah... Alia start boleh berjalan pada usia setahun sebulan. Adakah Ain pun begitu? Hurmmm... InsyaAllah... Akan aku update nantinya.


Dalam dok berlatih berjalan. Sesekali... Ain ada hati nak susun bongkah lego yang hubby borong seminggu yang lalu. Masa hubby beli haritu... Lansung Ain tak berminat nak susun. Entah... Tetiba semalam, kemain tekun menyusun. Bila dah tak berjaya... Kemain marah dia. Habis lego dibaling. Walaupun begitu... Bila kita kata tolong ambik... Tak cukup sekali pengulangan... Pasti Ain ambik. Setakat arahan mudah... InsyaAllah anak solehah Ain boleh dah faham... words pun dah banyak jugak dia boleh sebut.

Untuk first year umur Ain... Hubby belikan sebijik kek perisa vanila. Walaupun bersaiz kecik. Kemain suka Alia dan Ain makan. Semoga... Alia dan Ain terus membesar bagaikan juara buat mak dan Ayah. Amin....