Alkisah nasi menangis. Actually, kisah semalam... Bangun je dah tengok nasi goreng buatan emak di atas meja. Kami pun breakfast sama-sama. Seperti biasa, Ain no hal... Memang berselera habis. Cuma si kakak je main-main makan nasi goreng. Apalagi aku... Bagitaulah kat dia...
Sumber gambar daripada google image |
Aku : Makan nasi tu Yaya... Nanti tak habis. Nasi menangis.
Alia : Nasi boleh nangis kah mak? Tak naklah makan... Nanti nasi nangis.
Huhu... Ada saja jawapan dia. Encik suami pun kata... Budak memang lurus bendul. That why, kena berhati-hati bila bercakap... Nak-nak budak umur baya Alia. Memang semangat ingin tahu akan sesuatu tu menggunung tinggi.So, Jangan sesekali bagi jawapan yang tak betul atau berbaur ugutan kepada mereka. Sebaik-baiknya... Terangkanlah dengan jelas, sebab dan akibat sesuatu perkara tu. Walaubagaimana pun, Alia memang susah sikit nak breakfast pepagi... Yang dia tau, bangun pagi mesti nak susu je dulu. Tengok tv kejap. Jam 9 atau 10 pagi... Barulah dia try mintak makanan. Tapi takdelah hari-hari. Ada hari dia akan buat perangai tak mau breakfast. Sabar jelah...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.