Assalamu'alaikum, hai...
Bingka kacang hijau sukatan cawan | Projek mem'baking sambil tengok AJL 30 tau. Haha... Actually, ni menu terbaru dari aku untuk dikongsikan di sini... Misinya cuma satu... Sekadar untuk menambah koleksi resepiku di sini. Hehe... Tapi, kalau ada yang nak try buat... Boleh je :)
RESEPI MUDAH BINGKA KACANG HIJAU BAKAR GUNA DAPUR GAS
Antara bahan dan cara membuat bingka kacang hijau seperti yang aku maksudkan adalah seperti berikut:-
1 cawan tepung + 1 cawan pati santan + 1 cawan kacang hijau yang telah diredus dan dilenyekkan + 1/2 cawan gula + 1 biji telur + 2 sudu mentega.
Cara Masak
Bland gula dan telur sehingga kembang. Masukkan mentega. Masukkan santan. Then, masukkan tepung. Last sekali keluatkan dan masukkan kacang hijau. Gaulkan sehingga sebati dan bakar.
Aku guna acuan bakar ibu stail lama. Bakar atas dapur je pun. Huhu... Dorang kata... Kerak kuih bakar atas dapur lagi sedap. Ada-ada je kan. Padahal sama je tu.
Apa-apa pun. Alhamdulillah, tu antara isi bento hubby harini untuk bekal ke sekolah selain nasi dan lauk yang lain.
Gembiranya dalam hati,
Dapat sedia bento untuk hubby.
Hahahaha...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.