Genap 14 Bulan | Alhamdulillah... Harini punya cerita, si adik Ain dah pun setahun 2 bulan. Semalam pulak birthday si kakak yang ke-4 tahun. Cepat kan... Budak membesar. Bagaikan tak percaya Alia dah pun 4 tahun... Dan tahun depan dah start masuk Tadika.


Bila... Hubby bangun pergi kerja... Alia dan Ain pun bangun sama. Sementara aku sediakan bento encik suami. Alia dan Ain layan kartun di handphone. Tetiba bila aku suakan handphone kat Ain. Reaksi dia sungguh mengejutkan... Handphone diletakkan di telinga sambil mulut becok kata lo... lo... lo.... Siapalah yang ajar.


Tapi... Tak perlu nak terkejut sangat. Hehe... Sebab, Berdasarkan pengalaman lalu, bila usia anak dah menjangkau setahun... Dia dah bijak meniru perbuatan orang yang berada di sekelilingnya. So... Awas! Jangan tunjuk aksi ganas ataupun tak elok. Then, habit Ain jugak... Bila kita tanya mana hidung Ain. Mesti jawab 'dong' sambil korek lubang hidung. Macam-macam peel Ain sekarang ni. Banyak arahan mudah Ain mula fahami... Bercakap pun semakin luas gaya bahasanya... Walaupun sebutan still pada hujung perkataan.

Cepatnya masa berlalu. Top-top Ain dah boleh berjalan... Dan sekarang dalam fasa belajar bercakap. Alahai... Rindu pulak saat Ain masih bayi. Huhu... Di saat entri ni di paparkan... Usia Ain genap setahun 2 bulan iaitu pada 19 Februari 2016.