Ragam rakan sepejabat | tetiba pepagi ni nak membebel pulak pasal situasi di pejabat yang kadangkala membuatkan seseorang individu bengang tahap dewa. Tau jelah... Manusia ada pelbagai spesis. Kalau dah pelbagai spesis... Maknanya banyak jugaklah ragam. Bayangkan... Satu pejabat ada sorang ketua, 2 timbalan dan 120 staff. Tak ke banyak tu ragam manusia yang hari-hari nak kena hadap.
Banyak-banyak ragam manusia, paling aku tak suka. Manusia yang kaki kipas... Senang cerita kaki mengampu. Allah... Hari-hari ikut bontot ketua... Kerja hampeh. Dahtu pandai pulak take advantage bila bos takde. Huhu... Sebagai contoh mintak tolong kawan punch card. Sendiri tak datang office. Hurmmm... Sampai gitu sekali tindakan kau buat.
Then... Jenis yang suka mengarah, goyang kaki... Duduk pantri berejam-rejam... Gosip pulak pasal artis. Yang ni satu hal. Allah... Memang kesianla yang dapat member satu office gini. Tahu mengarah je kerja... Dia pulak satu benda tak buat.
Ada jugak yang jenis... Angguk je, tapi stress. Staff cenggini memang tabik spring. Sah-sah dapat title pekerja cemerlang. Tapi... Ada tapinya. Sah-sah, Hari-hari berkejar masa untuk siapkan kerja... Yang kadangkala kerja di luar bidang tugas. Mesti stress kan... Bila dah main angguk je. Sah-sah akan jadi makanan pada yang suka ambik kesempatan.
Paling gerun... Spesis yang talam dua muka. Kena hati-hati manusia sebegini. Silap cakap, boleh gaduh dibuatnya. Yelah... Nampak baik depan kita. Muka mulus je. Pijak semut pun tak mati. Tapi di belakang... Topeng syaitan kau pinjamkan.
Hurmmm... Tapi, ada jugak staff yang baik. Tak semua sebegitu. Pada aku... Biarlah berpada-pada. Buat kerja biarlah ikut bidang tugas yang telah ditetapkan... Jangan memandai nak ambik tugas orang lain tanpa arahan bos. Kang ada pulak orang kata kita berlagak pandai. Bercakap pulak... Biarlah ketika perlu... Bekerja ikut waktu. Bila ada masalah... Cepat-cepat bagitau bos... Aku percaya... Bos pasti memahami. Tu je kot yang aku nak bebel. Mesti korang pernah alami kan?
Sumber gambar rakan sepejabat daripada google image |

0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.