Telemovie hilangnya kasih di 9 TV9 | akan ditayangkan pada Isnin, 8.30 malam... 22 Februari 2016. Pelakon utama untuk telemovie tersebut adalah Fezrul Khan dan Janna Nick. Then, antara pelakon lain yang membintangi telemovie ini ialah Normah Damanhuri, Balqish, Eqbal Said dan Hilal Azman.

Sumber gambar drama hilangnya kasih tv9 daripada google image

SINOPSIS HILANGNYA KASIH TV9
Daripada laman EDtv, drama hilangnya kasih mengisahkan tentang Qaisara merupakan anak tunggal kepada Pak Latiff (50an) dan Mak Dah (50an). Fuad pula adalah anak yatim piatu, dan dibesarkan di sebuah rumah anak-anak yatim di Selangor. Perkenalan mereka  di university sehingga membawa ke jinjang pelamin. Perkahwinan Qaisara dan Fuad mendapat restu kedua ibubapa Qaisara iaitu Pak Latiff dan Mak Dah, walaupun sebenarnya Mak Dah tidak berapa suka Qaisara berkahwin awal kerana sebelum ini Qaisara sudah berjanji untuk membantu keluarga selepas berkahwin. Kehidupan mereka bahagia.

Sehinggalah pada suatu malam apabila rumah yang diduduki Qaisara dan Fuad itu telah dimasuki pencuri. Fuad terpaksa bergelut dengan kedua-dua pencuri itu dan akibatnya Fuad dipukul di kepala  sehingga menyebabkan Fuad pengsan dan tidak sedarkan diri. Fuad mengalami kecederaan serius di kepala. Fuad menghidap penyakit skizofenia (penyakit mental) tahap permulaan yang turut sama melibatkan emosinya, namun dalam proses pengesahan oleh pihak hospital.

Qaisara menjaga Fuad, suaminya dengan penuh kasih sayang dan segala duit simpanan digunakan untuk keperluan Fuad. Fuad pula tidak lagi seceria dulu dan lebih banyak berdiam diri. Kadangkala Fuad bercakap seorang diri dan kadangkalanya memberontak kesan daripada kecederaan mentalnya itu sehingga membimbangkan Qaisara Sebulan berlalu, cuti Qaisara sampai ke penghujungnya. Qaisara semakin bingung kerana dia bimbang hendak tinggalkan Fuad keseorangan di rumah. Qaisara tidak mahu tinggalkan Fuad kepada penjaga atau orang gaji kerana dia tahu yang Fuad tidak suka. Qaisara juga baru menerima arahan daripada majikannya untuk bertugas di cawangan baru syarikat itu di Johor. Qaisara serba salah dan akhirnya Qaisara membuat keputusan untuk menumpangkan Fuad di rumah emak dan ayahnya di kampung. Pada mulanya Mak Dah keberatan menerima permintaan anaknya Qaisara itu, tetapi setelah dipujuk akhirnya Mak Dah terima juga. Fuad pula memberontak kerana tindakan Qaisara menghantarnya ke rumah mertuanya itu.

Apa yang terjadi kepada Fuad? Kenapakah Qaisara sanggup menghantar Fuad ke kampungnya untuk dijaga oleh Mak Dah? Bagaimana penerimaan Mak Dah dengan kehadiran Fuad di kampung? Qaisara mulai menemui cinta baru di pejabatnya? Semua persoalan itu bakal terjawab dalam telemovie Hilangnya Kasih.