Taufu Fa Paling mudah | aku rasa, sebabnya bahan just 2 kotak air soya. Aku guna jenama yeo's. Sebungkus agar-agar tali dan satu mug air. Dan untuk manisan kat atas aku guna 'gula apong'. Kalau di semenanjung rasanya disebut gula melaka. Tak silap aku tengok resepi di fb. Tetiba rasa ingin mencuba. Al-maklumlah, tak pernah merasa... Sedap ke tidak kenalah try buat. Dapatlah 15 bekas.
Nak membuatnya amatlah mudah. First step kena masakkan agar-agar tali dulu dengan 1 mug air. Then, masukkan soya. Dah nampak pekat. Tapiskan dan masukkan ke dalam bekas. Dah sejuk, masukkan pulak gula apong. Okla rasanya bila dimakan sejuk-sejuk. Bagi yang first time makan macam aku memang tak maju sangat... Tapi macam adik bongsu aku... Sampai 6 bekas dia habiskan. Dia kata... Macam ala-ala 'kuih takir'. Pulak dah... Haha...
Apa-apa pun, puas hati sebab percubaan pertama membuat taufu fa menjadi. Hehe... Lepas ni, bolehlah repeat buat.

0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.