Dari Bau terus ke Lundu | Antara lain aktiviti kami bercuti di rumah mertua bersempena dengan cuti sekolah selama seminggu. Isnin 14 Mac 2016... sampai Kuching, Selesa berehat... Dan Rabu, memandangkan adik ipar cuti... So, hubby pun ajak jalan-jalan. Biasalah dia, nak kena cari assistant baru boleh. Hehe...

Around jam 11pagi kami gerak dari rumah. Siap bawak bento lagi. Biasalah family kami, memang jarang nak makan di luar... Lebih suka bawak bekal. Bukannya kedekut atau makanan di luar tak sedap. Tapi dah jadi kebiasaan, kalau nak jalan jauh... Wajib bawak bekal. Nanti bila nak makan senang. Takdelah kes 'kebulur' Hahaha...


First destinasi kami singgah adalah di Fairy Cave Bau, tak masuk... Just ambik gambar di tugu binatang. Kemain suka lagi Alia dapat bergambar dengan dinasour. Cuma Ain jela... Nampak sugul. Baru baik dari demam.


Selepas puas bergambar... Singgah pulak di gua angin Bau. Teringat 10 tahun yang lalu... Pernah masuk gua angin. Best... Cuma agak terkejutlah tengok keadaan gua angin sekarang yang terbiar. trek untuk masuk gua pun dah runtuh. Sayang... Kawasan cantik yang tak dijaga. Walaubagaimana pun... Pondok kat situ sangat sesuai untuk santai-santai sambil makan. Perut pun bekeroncong. Apalagi... Kami berjemaah makan kat situ sampai kekenyangan. Alhamdulillah... Sejam jugaklah kat situ.


Then... Last destination kami pergi adalah Pandan Beach Lundu. Ingatkan semakin cantik... Rupanya still sama macam dulu... Tak dijaga dengan baik. Sayang pantai cantik, sampah merata tempat. Walaupun tak banyak tapi tak sedap jugak mata memandang. Hampir sejam jugak di situ. Kami sampai jam 4 lebih dan dah ramai pun orang mandi kat pantai. Seperti biasa... Aku memang tak gemar jalan tepi pantai... Panas satu hal. Satu hal lagi... Ain baru baik demam. So, sambil tunggu dorang suami dan adik ipar berselfie... Welfie bagai. Aku dan Ain mundar-mandir duduk bawah pokok rendang sambil baca info yang terdapat di papan tanda kat situ. Mana datangnya nama pandan resort... Rupanya suatu ketika dulu kat situ banyak tumbuh mengkuang dan ramai penduduk ambik untuk dijadikan tikar dan sebagainya. Kalau di Sarawak ia dipanggil pandan. Then, memandangkan tempatnya cantik dan ramai yang datang... Maka terhasillah nama pantainya pandan beach. Rupanya... Tapi dah jangka dah bila tengok di sekeliling. Saja je untuk hilangkan bosan... Baca jugak aku oi info yang ada sampaila ke noktah yang terakhir. Haha...

Lastly, before balik. Encik suami sempat beli 2 biji kelapa kat kedai berdekatan situ... Minum je tepi pantai. Ingatkan sebiji RM1... Kan kelapa senang nak dapat... Tengok banyak je kelapa kat situ... Sekali hubby kata... Sebiji RM5. Mak ai mahal sungguh. Memang harga pelancong dorang bagi... Sabar jelah... Dahla air kelapanya kurang. Aku rasa memang dari baka tak berapa sihat. So, hasilnya pun tak berapa nak meriah. Haha... Boleh pulak buat andaian sebegitu weh...

Dah habis minum kelapa... Kami terus gerak balik. Singgah di pondok bekas pengkalan feri on the way ke Sematan. Kat situ memang banyak segala jenis kerepek. Apalagi... Encik suami dan adik ipar borong sampai RM50. Dah dapat apa yang dihajati, kami terus balik... Dan tak singgah pun mana-mana dah... Semua kepenatan. Sampaikan aku, Alia dan Ain tertidur dalam kereta. Sedar-sedar dah sampai kat rumah. Tu antara aktiviti kami di rumah mertua untuk cuti sekolah last three weeks. Selebihnya... Cuti kali ni banyak kami habiskan di rumah. Al-maklumlah cuaca panas. Nanti... Aku sambung ceritanya lagi ok ^_<.