Drama terbaru dia semanis honey | akan menggantikan drama suami tanpa cinta yang dok trending di astro ria sekarang ni. Setiap Isnin hingga Khamis semestinya tepat jam 10 malam.

Screenshot daripada fb drama/filem adaptasi novel

Seperti kebiasaan, dah tengok promo dia semanis honey di tv... Kenalah google dulu sinopsisnya. Best ke tidak. Macam Mr Boss Miss Stalker semalam. Baru start episod 1... Macam best. Macam... ok. Hehe...

Bila dah baca... Kenalah copy di blog. At least family aku yang nak tau sinopsisnya... Tak payahlah nak google satu per satu. Just baca je di blog aku. Berdasarkan maklumat dari blog infotaip, berikut adalah sinopsis yang terdapat di dalam novel dia semanis honey... Kalau diadaptasikan ke dalam drama pun... Aku rasa tak banyak jalan cerita yang berubah. Betul tak?

SINOPSIS DIA SEMANIS HONEY
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan….

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah adaAdam!” ~ Hani.“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!”~Ahnaf.“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat.

Adakah akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau… akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula….”

Daripada sinopsis macam best. Best ke tidak kenalah tunggu drama suami tanpa cinta tamat.